Dah seminggu cuti sekolah berlalu...maka dah seminggu juga bagi pasangan yang baru berkahwin menjalani kehidupan sebagai suami isteri...Alhamdulillah...syukran....tahniah kepada rakan- rakanku yang telah selamat mendirikan rumah tangga...semoga ikatan yang terbina ini akan berkekalan hingga ke syurga....Buat sahabatku Shikin serta pasangannya Zahid.... dan tak lupa juga buat Farah dan Hafiz....semoga kamu semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Nya....macm tak percaya jer budak kecik Farah ni dah kahwin...hehehe.....apa- apa pun tahniah...
Sunday, 3 June 2012
Dah lama tak buka blog ni...asyik sibuk dengan tugasan...malam ni baru berpeluang nak buka blog ni....ni pun curi- curi jenguk dekat sini...bukan apa tak sempat nak update jer...kadang masa mencemburui kita....sekali sekala menulis kat blog ni...mula la minat menulis tu datang kembali.....harap-harap nanti ada masa nak update selalu...insyaALLAH....
Monday, 16 January 2012
Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama | Tugas/contoh |
di | Menunjukkan tempat (di pejabat) Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) |
ke | Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia) Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam) |
dari | Menunjukkan tempat atu arah datang Menunjukkan waktu atau masa |
kepada | Menunjukkan sasaran/ditujukan Menunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan |
daripada | Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri) Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) |
pada | Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen) Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya) Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) |
untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu) Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) |
bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid) Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. |
demi | menunjukkan tujuan menunjukkan urutan Untuk menegaskan sesuatu |
tentang | Menunjukkan rujukan |
dengan | Menunjukkan turut serta Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan Menunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan |
sejak, semenjak | Menjadi penanda waktu atau masa |
terhadap | Menunjukkan rujukan yang tentu |
oleh | Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif Menunjukkan sebab |
akan | Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif |
hingga, sampai | Menunjukkan had masa atau peringkat |
seperti, bagai, umpama, laksana, bak | Menunjukkan perbandingan |
Kata Bantu
Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna- makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian,kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
Kata bantu aspek.
Kata bantu aspek ialah suasana perbezaan masa, iaiatu sama ada masa lampau, masa kini, atau masahadapan. Bentuk - bentuk kata bantu ialah
Kata bantu aspek.
Kata bantu aspek ialah suasana perbezaan masa, iaiatu sama ada masa lampau, masa kini, atau masahadapan. Bentuk - bentuk kata bantu ialah
- telah
- sudah
- pernah
- sedang
- masih
- akan
- belum
Contoh ayat:-
- Pekerja itu telah pulang.
- Kanak- kanak itu sudah makan.
- Kami pernah ke utara Malaysia.
- Mereka sedang mendaki gunung.
Kata bantu ragam.
Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti
- hendak
- mahu
- harus
- mesti
- boleh
- dapat
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
- Kanak- kanak itu hendak masuk ke bilik.
- Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
- Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.
- Mereka mesti keluar hari ini juga.
Kata Tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat.
Jika predikat didepankan, maka kata tanya hendaklah disertai oleh partikal –kahLihat contoh-contoh berikut:
1. Harga rumah baru kamu berapa? 2. Berapakah harga rumah baru kamu? |
1. Kemalangan itu berlaku bagaimana? 2. Bagaimanakah kemalangan berlaku? |
Kata Kata Seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
Contoh:
|
Penting: Kata seru diguna sebelum klausa, dan kata seruan pada penghujung ayat, sebagai penutup ayat seruan itu.
Sunday, 15 January 2012
Kata Perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut:
- Jenis perintahKata perintahContoh penggunaanLaranganJangan, usahRakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis.Usah pergi ke sungai yang dalam airnya.SilaanSila, jemputSila menjamu selera.Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawinPermintaanTolong, mintaTolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri.Minta bersihkan meja awak.
Subscribe to:
Posts (Atom)