topbella

Wednesday 7 December 2011

Jom..kita belajar...

Hari ini kita belajar kod tangan untuk perasaan...lepas ni bolehlah aplikasikan...


Jom..kita belajar...

Tuesday 6 December 2011

Jom...belajar bahasa isyarat

Monday 5 December 2011



Kata Nama Khas

1.Kata nama khas ialah merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus.
2.Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu:
  • kata nama khas hidup
  • kata nama khas tidak hidup
3.kata nama ditulis dengan menggunakan huruf besar

kata nama khas hidup

manusia
  • Salmah
  • Ang Lee
  • Rajasegaran
  • Kamal
  • Alia

haiwan
  • Si Comel
  • Si Belang
  • Si Gagak
  • Tompok
  • Jalak


tumbuh- tumbuhan
  • Carnation
  • Calla Lily
  • Tulip
  • Bird Of Paradis
  • Habiscus Rosa Sinesis (Bunga Raya)

Berikut beberapa contoh penggunaan nama khas dalam ayat:

1. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Tompok.

2.Puan Rusila ialah kakak ayah saya.
3. Emak saya bernama Aminah.
4. Bunga Tulip ini sangat cantik.
5. Sang Kancil berjaya memperdaya Sang harimau dalam cerita itu



Kata nama khas tidak hidup



bangunan
  • Angkasapuri
  • Wisma Darulaman
  • Menara Kuala Lumpur
  • Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)
  • Menara Telekom

bandar
  • Temerloh
  • Alor Setar
  • Tokyo
  • New York
  • Serdang
  • Kangar


negeri / negara
  • Kedah
  • Perak
  • Johor
  • Perlis
  • Jepun
  • Australia

tajuk buku/ filem/ lagu
  • Negaraku
  • Paloh
  • Meniti Kaca
  • Tatabahasa Dewan
benda
  • Proton Saga
  • Proton Iswara
  • Honda City
  • Hyundai
  • Myvi

Berikut beberapa contoh penggunaan nama khas dalam ayat:

1. Pulau Pinang dikenali sebagai Pulau Mutiara.
2. Lagu Negaraku ialah lagu kebangsaan kita.
3. Saya tinggal di Negeri Kedah.
4. Pemandangan dari atas Menara Kuala Lumpur sangat cantik sekali.
5. Kartina membaca buku novel yang bertajuk Sesuci Kasih Kita.

Sunday 4 December 2011

Kata nama am


Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk :

  • sesuatu yang bernyawa
  • sesuatu yang tidak bernyawa 

    Sesuatu yang bernyawa
    Sesuatu yang tidak bernyawa


    manusia
    • doktor
    • guru
    • ayah
    • datuk
    • polis
    • emak


    binatang
    • arnab
    • kucing
    • zirafah
    • gajah
    • ikan


    tumbuh- tumbuhan
    • bakau
    • cendawan
    • durian
    • manggis
    • mawar
    • orkid




    benda
    • kerusi
    • meja
    • komputer
    • kipas
    • jam
    • rumah
    • pensel
    • kereta
    • motosikal



    tempat
    • padang
    • sawah
    • pantai
    • negeri
    • kampung
    • bangunan





.......selamat belajar..........

Wednesday 30 November 2011

Bahasa Isyarat



Sejarah bahasa isyarat

Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16 lagi di barat. Pada tahun 1755, Abbe’ de L’Epee telah menubuhkan sekolah untuk kanak – kanak pekak yang pertama di paris. Kemudian Laurent Clerc yang merupakan pelajar di sekolah kanak – kanak pekak tersebut telah berhijrah ke Amerika Syarikat dan menubuhkan ’American School for the deaf ’ yang sseterusnya berkembang menjadi ’Gallaudet University ’


Definisi....
  • Bahasa isyarat ialah bahasa yang menggunakan komunikasi manual (tangan) selain daripada bunyi dan suara untuk menyampaikan maksud. Komunikasi ini menggabungkan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan, lengan, badan, dan ekspresi muka untuk menyampaikan isi hati penyampai.
  • Bahasa isyarat ialah kaedah berkomunikasi yang digunakan oleh golongan bermasalah pendengaran (Ling, 1989). Menurut Clark (1999), bahasa isyarat ialah satu kaedah komunikasi yang menggunakan simbol – simbol tanpa menggunakan suara atau dikenali sebagai ’non – verbal communication’. Simbol – simbol yang digunakan boleh merupakan pergerakan tangan dan anggota badan yang lain, mimik muka, gambar, simbol – simbol atau isyarat yang mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh kedua – dua pihak iaitu penutur dan penerima.


Bahasa isyarat adalah alat atau medium bagi individu yang mengalami masalah pendengaran atau bisu untuk berkomunikasi. Bagi memahami maklumat atau isi hati yang disampaikan oleh si penyampai melalui bahasa isyarat, penerima juga haruslah mempunyai pengetahuan mengenai simbol – simbol yang digunakan dalam komunikasi bahasa isyarat itu sendiri. Di Malaysia penggunaan bahasa isyarat adalah terdiri daripada..


Kod Tangan Bahasa Melayu....
KTBM(Kod Tangan Bahasa Melayu) ini bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila berlakunya terjemahan daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu. KTBM ini tidak memberi kesan yang baik dan melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak. Bukan sahaja KTBM tidak dapat memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pekak, tetapi juga menyebabkan Orang Pekak tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Apabila KTBM digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM. KTBM digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia juga merupakan bahasa standard bagi semua sekolah pendidikan khas di negara ini.


Bahasa Isyarat Malaysia....
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) merupakan satu bahasa yang tidak mengikut tatabahasa dari mana-mana bahasa yang wujud di dunia ini. Ianya tidak mengikut struktur bahasa inggeris mahupun bahasa Melayu. BIM mempunyai tatabahasanya yang tersendiri yang mana ianya lebih menjurus kepada apa yang boleh dilihat oleh orang pekak itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa BIM ini tidak sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa samada bahasa inggeris mahupun bahasa Melayu. Walaupun begitu penggunaan BIM amat berguna untuk memudahkan pemahaman orang pekak.



America Sign Language.....
ASL (America Sign Language – Bahasa Isyarat Amerika) ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Amerika. ASL merupakan bahasa tersendiri di Amerika. ASL digunakan secara umum oleh Orang Pekak Amerika. Walaupun begitu, setengah-tengah isyarat yang dilihat di Malaysia mempunyai persamaan dengan isyarat digunakan Amerika. Walaubagaimana pun, ASL hanya digunakan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris sahaja di sekolah.

Huruf Dalam Bahasa Isyarat






Nombor Dalam Bahasa Isyarat



(dari kiri ) Baris 1 :1,2,3,4,5
Baris 2 :6,7,8,9,10 Baris 3 :11,12,13,14,15 Baris 4 :16,17,18,19,20




…....selamat belajar.......

Monday 28 November 2011

Definisi....Pendidikan Khas



Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.


Kementerian Pendidikan Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.


Kanak- Kanak Khas...
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.

Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

Program Pendidikan Khas
....Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa ”


Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)




Kategori Pendidikan Khas...

Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan







FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita- cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

About Me

jarijemarisuaraku.blog
Almanna Salwa
View my complete profile