topbella

Monday 16 January 2012

Kata Bantu


Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna- makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian,kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.


Kata bantu aspek.
Kata bantu aspek ialah suasana perbezaan masa, iaiatu sama ada masa lampau, masa kini, atau masahadapan. Bentuk - bentuk kata bantu ialah 

  1. telah
  2. sudah
  3. pernah 
  4. sedang
  5. masih
  6. akan
  7. belum
Contoh ayat:-

  • Pekerja itu telah pulang.
  • Kanak- kanak itu sudah makan.
  • Kami pernah ke utara Malaysia.
  • Mereka sedang mendaki gunung.
Kata bantu ragam.
Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti
  1. hendak
  2. mahu
  3. harus
  4. mesti
  5. boleh
  6. dapat
Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
  • Kanak- kanak itu hendak masuk ke bilik.
  • Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.
  • Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.
  • Mereka mesti keluar hari ini juga.



























































0 comments:

Post a Comment

About Me

jarijemarisuaraku.blog
Almanna Salwa
View my complete profile